Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis

RM75.00

1566 in stock

SKU: PIS-0093 Category:

Description

PERINGATAN: Buku ini adalah buku PRE-ORDER dan masih dalam proses cetakan. Dijangka siap cetak pada 5 November 2024 dan akan diposkan mengikut susunan tempahan selepas itu inshaAllah. Sila asingkan tempahan dengan buku stok sedia ada untuk percepatkan proses penghantaran. Terima kasih.

———————————————————————

Judul: Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis
Judul Asal (Arab): ʿAqīdat al-Salaf wa Aṣḥāb al-Ḥadīth
Penulis: Imām Abū ʿUthmān Ismāʿīl bin ʿAbd al-Raḥman al-Ṣābūnī
Pentahkik: Shaykh Abū al-Yamīn Al-Manṣūrī
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 396 m/s (Hard Cover)
ISBN: 978-967-2910-44-2

———————————————————————

Para alim ulama sejak daripada zaman salaf lagi sangat menumpukan perhatian kepada ilmu akidah, bahkan mereka mengutamakannya dalam mempelajari dan mengajarkannya, berbanding cabang-cabang ilmu agama Islam yang lain, kerana:
  1. Akidah merupakan dasar Islam dan tapak asas agama. Segala amalan tidak diterima dan setiap perkataan tidak membawa kebaikan melainkan dengan akidah yang benar.
  2. Ia adalah fitrah yang Allah telah ciptakan manusia di atasnya.
  3. Akidah adalah kewajipan pertama bagi para mukalaf yang telah cukup umur dan wajib melaksanakan perintah Allah.
  4. Akidah merupakan perkara pertama yang didakwahkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada kaum mereka.
  5. Inilah tujuan asal penciptaan jin dan manusia.
  6. Generasi akhir umat ini tidak sesekali akan dapat diperbaiki melainkan dengan perkara yang memperbaiki generasi awal umat ini.

Justeru, di kala umat Islam di Malaysia disibukkan dengan isu mengehadkan takrifan Ahli Sunnah wal Jama’ah hanya kepada yang berpegang dengan akidah Asha’irah dan Maturidiyyah, kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis yang dibentangkan oleh Imam Abu Uthman Isma’il al-Sabuni al-Shafi’i ini sangat bagus, Allah permudahkan kita untuk terbitkan terjemahannya tepat pada waktu umat ini memerlukannya, agar kita mengenali dan memahami pegangan asas umat Islam sebelum zaman fitnah, ketika kerosakan belum lagi bercampur aduk dalam pemikiran kaum Muslimin. Inilah pegangan akidah yang diwarisi secara turun-temurun daripada Nabi SAW dan para sahabat.

Semoga dengan mempelajari akidah yang benar, setiap kita akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat, terselamat daripada kekal di dalam neraka selama-lamanya. Allahumma amiin.

Kitab ini telah disusun dengan bahasa yang mudah, disertakan dengan dalil-dalil rujukan dan nota kaki tambahan sebagai penerangan pada tempat yang perlu, dan para pembaca boleh menonton kelas online yang disediakan dengan imbas kod QR yang disertakan di dalam buku.

Antara senarai isi kandungan dalam buku ini:
    • Sanad kitab ini kepada penulisnya
    • Sebab penulisan kitab ini
    • Akidah Ahli Hadis tentang sifat-sifat Allah
    • Al-Quran adalah Kalam Allah, bukan makhluk
    • Allah istiwa di atas Arasy
    • Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam terakhir
    • Hari kebangkitan dan hal ehwal manusia pada hari tersebut
    • Syafaat Rasulullah SAW kepada para pendosa dalam kalangan umatnya
    • Telaga Hawd dan Sungai al-Kawthar
    • Penglihatan para Mukmin kepada Tuhan mereka pada hari akhirat
    • Syurga & neraka sudah dicipta dan akan kekal buat selama-lamanya
    • Perihal iman, takdir dan kehendak Allah
    • Seorang Muslim tidak dikafirkan kerana dosa yang dia lakukan
    • Hukum meninggalkan solat dengan sengaja
    • Hidayah milik Allah
    • Ke manakah destinasi akhir setiap hamba?
    • Ucapan “As-Syahid” kepada mereka yang meninggal di medan peperangan
    • 10 orang yang dijanjikan syurga & selain mereka
    • Senarai sahabat Nabi yang paling mulia
    • Akidah Ahli Hadis berkenaan penguasa, sultan dan pemerintah kaum Muslimin
    • Pendirian Ahli Hadis terhadap perselisihan antara para sahabat dan Ummahat al-Mu’minin
    • Ketentuan ajal daripada Allah
    • Bisikan syaitan
    • Sihir, kesannya dan status keislaman tukang sihir
    • Adab-adab para Ahli Hadis
    • Petanda seseorang Ahli Bidaah atau Ahli Sunnah
    • Nasihat emas daripada Imam Abu Uthman al-Sabuni
    • Salinan manuskrip asal disertakan dalam buku.

Additional information

Weight 0.7 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis”

Your email address will not be published. Required fields are marked *