Fatwa Tentang Golongan Wahdatul Wujud

RM15.00

SKU: PIS-0078 Category:

Description

Judul: Fatwa Tentang Golongan Wahdatul Wujud (Dwibahasa Arab-Melayu)
Judul Asal (Arab): Min al-Fatawa al-‘Adaniyyah Takfir Ta’ifat al-Wahdah wa al-Ittihad
Penulis: al-ʿAllāmah ʿAbd Allāh bin ʿUmar bā-Makhramah al-Shāfiʿī
Pentahkik: Shaykh Akram Mubārak ʿAṣbān
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 68 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-26-8

———————————————-

Ini merupakan sebuah risalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka mazhab al-Shafi’i dari Yaman, Imam ʿAbd Allāh bin ʿUmar bā-Makhramah al-Shāfiʿī. Tak perlu cerita lagi tentang kehebatan beliau ini, boleh rujuk di bahagian biografi beliau yang disertakan dalam buku ini. Ada yang mengatakan beliau lebih alim daripada Imam ibn Hajar al-Haytami, seorang ulama mazhab Shafi’i yang pandangannya dikira muktamad dalam mazhab Shafi’i.
Buku ini merupakan terjemahan terhadap dua fatwa beliau yang berkait rapat dengan sebuah kelompok yang tidak asing lagi sebagai kelompok yang sesat lagi menyesatkan, iaitu kelompok Wahdat al-Wujud.
Golongan sufi yang ekstrem telah membawa konsep-konsep baru yang mencemarkan nama “tasawuf”, ia sudah tidak lagi berkait rapat dengan kezuhudan. Pemikiran golongan seperti ibn ‘Arabi dan seumpama dengannya telah menerobos masuk ke dalam arena tasawuf. Mereka menyuarakan kalam-kalam terpesong yang dipopularkan dalam kalangan mereka yang menelusuri jalan kesufian.
Kita boleh lihat betapa penulis sangat bertegas dalam memfatwakan kesesatan kelompok ini. Namun malangnya, dewasa ini terdapat segelintir pihak dalam negara Malaysia tercinta ini, yang cuba ingin menghidupkan, menyuburkan dan menyebarkan kesesatan ini. Penerbitan buku ini sangatlah tepat pada waktunya, ketika mereka mula menghidupkan dan menyebarkan kesesatan ini, kita juga harus menghidupkan dan menyebarkan bantahan para ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah terhadap golongan sesat ini.

Additional information

Weight 0.25 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fatwa Tentang Golongan Wahdatul Wujud”

Your email address will not be published. Required fields are marked *