Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka

RM25.00

812 in stock

SKU: PIS-0077 Category:

Description

Judul: Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka (Dwibahasa Arab-Melayu)
Judul Asal (Arab): Al-Bidayah wa Al-Nihayah: Bab Dzikr Khalq Al-Jann wa Qissat Al-Shaytan
Penulis: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir)
Pentahkik: Dr. ʿAbd Allāh bin ʿAbd al-Muḥsin al-Turkī
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 130 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-27-5

———————————————-

Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām ibn Kathīr (w. 774H). Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab ketiga yang diberi tajuk: Bāb: Dhikr Khalq al-Jann wa Qissat al-Shaytan (Bab membahaskan penciptaan jin dan kisah syaitan).
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, buku ini membahaskan tentang jin dan syaitan, asal usul mereka, penciptaan mereka, sejarah mereka, sifat dan fizikal mereka, cara untuk melindungi diri daripada mereka dan banyak lagi faedah-faedah yang Imām ibn Kathīr catatkan dalam tulisannya ini untuk manfaat kita semua.
  • Pasti kita tertanya-tanya, siapakan jin dan syaitan ini?
  • Apakah asal-usulnya?
  • Mengapa mereka dicipta sedemikian?
  • Betul ke depa ni dulu malaikat, kemudian bertukar jadi syaitan?
  • Ada ke jin yang beriman, jin yang tak beriman?
  • Kenapa Allah bagi penangguhan masa dekat Iblis sampai hari kiamat?
  • Apa yang syaitan ni suka, dan apa yang dia tak suka?
  • Macam mana nak elak daripada bisikan dan hasutan syaitan ni?
  • Kisah Rasulullah mencekik syaitan, sahih ke?
Syaitan ni ada sekeliling kita, kita sendiri, buatlah pilihan, sama ada nak jadikan depa ni teman karib atau musuh.
Semoga buku ini membuka mata para pembaca untuk mengenal dengan lebih dekat tentang makhluk Allah yang sebahagiannya merupakan musuh ketat kita ini. Kalau buku tentang Malaikat sebelum ni, kita kata, “tak kenal maka tak cinta”, buku Jin & Syaitan pula kita katakan, “tak kenal, maka tak benci”.
Semoga Allah melindungi kita daripada terjerat dengan belitan iblis dan godaan syaitan.

Additional information

Weight 0.4 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka”

Your email address will not be published. Required fields are marked *