Your cart is currently empty!
Peperangan Badar: Bantuan Allah untuk Umat Islam
RM37.00
Description
Judul: Peperangan Badar: Bantuan Allah untuk Umat Islam
Penulis: Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle (Rektor Kolej Universiti Islam Perlis – KUIPs)
Penerbit: The Sunnah Press Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-19100-2-3
Muka Surat: 216 m/s (Soft Cover)
———————————————————————
Imam al-Zuhri (w. 124H) berkata:
Dalam ilmu Maghazi (riwayat-riwayat peperangan Nabi) mengandungi ilmu tentang akhirat dan ilmu tentang dunia.
Antara sirah yang sangat menarik untuk diceritakan ialah sebuah peperangan yang berlaku lebih 1,400 tahun dahulu. Peristiwa ini sangat menarik kerana ia merupakan peperangan yang pertama dihadapi oleh umat Islam.
Peperangan ini berlaku pada waktu pagi hari Jumaat, tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. Peperangan ini dipanggil peperangan Badar Al-Kubra, atau boleh juga dipanggil peperangan Badar. Ini adalah buku pertama yang lengkap penceritaan berkenaan peperangan Badar, sangat terperinci, sangat epik, seolah-olah anda sedang menyaksikan kisah agung ini berlaku di depan mata. Dan sudah pasti buku-buku The Sunnah Press hanya menyajikan kepada anda sumber-sumber rujukan sirah yang berautoriti, sarat dengan nota kaki dan maklumat tambahan serta fikah, ibrah dan pengajaran daripada peristiwa untuk ditadabbur.
Antara topik-topik menarik dalam buku ni yang jarang kita dengarkan tentang kisah peperangan Badar:
- Atikah binti ‘Abdul Muttalib bermimpi bahawa kaum kafir Quraisy akan ditimpa bala dalam masa 3 hari
- Iblis menjelma dalam bentuk manusia untuk membantu kaum kafir Quraisy memerangi umat Islam dalam perang Badar
- Nabi menunjukkan lokasi tentera Quraisy akan dibunuh pada malam sebelum perang Badar
- Nabi dan Abu Bakar terjumpa dengan seorang lelaki tua ketika melakukan operasi pengintipan
- Ada sahabat yang memeluk Nabi dan mencium perut baginda sebelum mula perang Badar
- Jibril datang sambil menunggang kuda untuk membantu tentera Islam dalam perang Badar
- Abu Ubaydah bin Al-Jarrah bertarung dengan ayah sendiri dalam perang Badar
- Pangkal batang pokok yang diberikan Nabi kepada Ukkasyah bertukar menjadi sebilah pedang yang panjang dan sangat kental ketika berlangsung perang Badar
- Ribuan para malaikat turun untuk membantu tentera umat Islam mengalahkan tentera Quraisy dalam perang Badar
- Iblis cabut lari ketika nampak bantuan Allah datang dalam perang Badar
- Abu Jahal dibunuh oleh dua orang budak muda yang bekerja di ladang tamar dalam perang Badar
- Bilal dapat membalas dendam kepada Umayyah bin Khalaf dalam perang Badar
- Kepala Firaun dipenggal oleh Ibnu Mas’ud selepas tamat perang Badar
- Nabi bercakap dengan mayat-mayat kafir Quraisy tiga hari selepas tamat peperangan Badar
Additional information
Weight | 0.35 kg |
---|
Reviews
There are no reviews yet.