Akidah Bersanad Imam Al-Shafi’i

RM56.00

1255 in stock

SKU: PIS-0088 Category:

Description

Judul: Penemuan Terbaru Akidah Bersanad Imam Al-Shafi’i
Judul Asal (Arab): Muʿtaqad al-Imām Abī ʿAbd Allāh Muḥammad bin Idrīs al-Shāfiʿī
Penulis: Imam Sadr al-Din Abi al-Wafa Sulayman bin Yusuf al-Yasufi – W: 789H
Pentahkik: Dr. Tariq bin Sa’id bin ‘Abd Allah al-Qahtani
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 192 m/s (Hard Cover)
ISBN: 978-967-2910-36-7

———————————————-

Penemuan manuskrip terbaru ini membentangkan kepada kita, akidah Imam kita al-Shafi’i melalui jalur riwayat al-Yasufi. Sekiranya kita merujuk kepada lafaz riwayat al-Hakkari (terbitan Karya PiS pada tahun 2019 sebelum ini), kita akan lihat perbezaannya adalah sangat minimal. Menguatkan lagi perkara ini, sanad akidah melalui riwayat al-Yasufi tidak bertemu pun dengan sanad al-Hakkari, malah paksi sanad mereka berdua telah pun terpisah sejak pada awal lagi, iaitu pada ibn Abi Hatim al-Razi (wafat: 327H).
Buku ini menyertakan salinan manuskrip tulisan tangan yang dirujuk oleh pentahkik kitab ini, serta susur galur sanad periwayatan teks akidah ini daripada Imam Al-Shafi’i, dan terus bersambung sehingga ke pentahkik (lebih kurang melalui 25 perawi) alhamdulillah. Akidah Ahli Sunnah adalah akidah bersanad, yang datang daripada sumber yang tulen, yang direkod, dipelihara dan diriwayatkan zaman berzaman.
Segala puji bagi Allah atas nikmat yang sangat besar ini. Semoga Allah menjadikan buku terjemahan ini bermanfaat untuk setiap orang yang memilikinya dan mengambil istifadah daripadanya. Setiap tempahan daripada para pembaca sangat membantu kami untuk penerbitan lebih banyak khazanah ulama yang berharga ini. Kerana para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi ilmu agama yang diwariskan melalui para ulama.
Antara senarai isi kandungan menarik dalam buku ini:
  • Prakata daripada pentahkik sendiri, Dr. Tariq al-Qahtani khas untuk terbitan Karya PiS ini
  • Ringkasan metodologi kajian dan pengabsahan kitab
  • Biografi Imam Al-Shafi’i dan Imam al-Yasufi
  • Sanad penuh kitab daripada pentahkik sehingga Imam al-Shafi’i
  • Iman terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah yang datang dalam kitab-Nya dan dikhabarkan oleh Nabi-Nya (Maha Mendengar, Maha Melihat, memiliki dua tangan, mempunyai tangan kanan, jari, wajah, kaki, Allah ketawa kepada hamba-Nya yang beriman, Tuhan turun ke langit dunia pada setiap malam, Tuhan tidak buta sebelah mata, melihat Allah pada hari akhirat, kalam Allah)
  • Ciri pegangan akidah Ahli Sunnah:
    • Berpegang teguh dengan kitab Allah & Sunnah Nabi SAW
    • Jalan Nabi & para sahabat (sawad al-a’zam)
    • Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk
    • Manusia paling mulia setelah Rasulullah SAW
    • Takdir yang baik dan buruk datang daripada Allah
    • Larangan bersaksi bahawa seseorang adalah ahli syurga atau neraka
    • Orang beriman akan melihat Allah pada hari akhirat
    • Kewajipan mentaati pemerintah
    • Kewajipan solat jenazah
    • Allah turun ke langit dunia pada setiap malam dengan cara yang Dia kehendaki
    • Penghuni neraka merasa kesakitan azab
    • Nikmat dan azab di dalam kubur
    • Beriman dengan hari kebangkitan
    • Beriman dengan hitungan amal (hisab)
    • Neraca penimbang pada hari kiamat (al-mizan)
    • Syafaat pada hari akhirat: Para Mukmin tidak kekal dalam neraka meskipun melakukan dosa besar
    • Rahmat Allah ke atas orang kafir dan orang beriman di dunia
    • Telaga Nabi SAW pada hari kiamat (Al-Hawd)
    • Titian sirat atas neraka Jahannam
    • Larangan berdebat dan bertelingkah dalam isu agama, serta mengkritik para sahabat dan al-Qur’an

Additional information

Weight 0.6 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Akidah Bersanad Imam Al-Shafi’i”

Your email address will not be published. Required fields are marked *