20 Doa Mustajab daripada Al-Quran & Al-Sunnah (Buku Poket)

RM15.00

1835 in stock

SKU: PIS-0079 Category:

Description

Judul: 20 Doa Mustajab daripada Al-Quran & Al-Sunnah (Buku Poket)
Penulis: Afiq Mohamad (Al Hazm)
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 138 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-25-1

———————————————-

Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah hati-hati itu menjadi tenang.
Kehidupan kita seharian seharusnya dipenuhi dengan zikir dan doa kepada Allah. Dari doa bangun tidur sehinggalah waktu kita hendak tidur kembali pada waktu malam, terkadang boleh mencapai ratusan zikir jika kita benar-benar mengamalkan Sunnah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.
Buku ini bukan susunan atau himpunan doa dan zikir harian pagi dan petang, ianya telah banyak berada di pasaran disusun oleh para ulama dan ilmuan Islam seperti Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani –¬†rahimahullah -.
Namun, buku ini lebih memfokuskan kepada doa yang penting dan utama, yang memberikan impak penting dalam kehidupan kita. Antaranya termasuk:
  • Doa memohon dijauhkan daripada kesyirikan
  • Doa memohon dibantu melunaskan hutang
  • Doa diberikan kekayaan
  • Doa memohon hidayah
  • Doa mendapatkan ilmu;
  • dan selainnya.
Dan pastinya mengikut kriteria standard terbitan Karya PiS, kesemua doa ini ada rujukannya daripada Al-Quran dan Hadis, dan ini merupakan antara kriteria penting untuk doa kita diterima oleh Allah ‘azza wa jalla (Rujuk buku “Agar Doamu Tidak Tertolak” terbitan Karya PiS, 2023).
Doa dan zikir dalam buku ini juga disusun mengikut tema masing-masing serta diberikan catatan ringkas agar pembaca lebih mudah memahami maksud dan tujuan doa itu dibacakan.

Additional information

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “20 Doa Mustajab daripada Al-Quran & Al-Sunnah (Buku Poket)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *