(Buku Fizikal) Beriman dengan Titian al-Sirat yang Dipacakkan di atas Neraka Jahannam

RM15.00

SKU: PIS-0091-FIZIKAL Category:

Description

Judul: Beriman dengan Titian al-Sirat yang Dipacakkan di atas Neraka Jahannam
Penulis:
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Susunan: Ahmad Sabri Jinlapudin
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Muka Surat: 114 m/s (Buku fizikal)

———————————————-

Buku “Titian al-Sirat” ini membahas konsep al-Ṣirāṭ dalam Islam, iaitu sebuah titian nipis yang dipacakkan di atas neraka Jahannam, yang akan dilalui oleh orang-orang beriman pada Hari Kiamat, sebagai ujian terakhir sebelum mereka masuk ke syurga.

  1. Dalil-Dalil dari al-Qur’an dan Hadis: Buku ini menyajikan ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan tentang titian al-Ṣirāṭ, termasuk keberadaannya, posisinya yang dipacakkan di atas neraka, dan fungsinya sebagai jalan yang menghubungkan umat Islam ke syurga.
  2. Keaadan Manusia di al-Ṣirāṭ: Hanya orang-orang beriman yang akan dapat melalui titian al-Ṣirāṭ. Mereka yang tidak beriman akan terus jatuh ke dalam api neraka. Manusia akan diterangi dengan cahaya berdasarkan kadar amalan mereka ketika di dunia. Sementara orang-orang munafik, cahaya mereka malap, dan akan memadam. Ada manusia yang melaluinya sepantas sekelip mata sahaja, ada yang sepantas kilat, ada yang seperti menunggang kuda / unta, dan sehingga ada yang merangkak seperti diheret.
  3. Gambaran titian al-Ṣirāṭ: Digambarkan sebagai lebih nipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang, al-Ṣirāṭ merupakan titian yang mesti ditempuhi setiap orang beriman sebelum sampai ke syurga. Keadaan masing-masing orang saat melewati al-Ṣirāṭ akan berbeda, bergantung pada tingkat keimanan dan amalan mereka.
  4. Pentingnya untuk Istiqamah Beramal: Hanya istiqamah yang dapat menyelamatkan manusia di atas titian al-Sirat ini. Buku ini menghuraikan kepentingan istiqamah dan cara-cara menggapainya.

Buku ini menawarkan panduan mendalam dan refleksi tentang pentingnya persiapan diri untuk Hari Kiamat melalui tauhid dan keimanan yang jitu kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan memahami tentang kedahsyatan sebuah hari yang penuh getir sebagai ujian terakhir buat umat manusia sebelum sampai ke syurga.

Yang membuatkan ia lagi menarik…

  • Ini adalah penulisan Bahasa MELAYU (bukan Indonesia).
  • Nukilan riwayat dan penerangan para imam disertakan dengan teks asal dalam Bahasa Arab, beserta baris untuk mudah pembacaan.
  • Semua nukilan disertakan dengan takhrij sumber rujukan.

Additional information

Weight 0.25 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “(Buku Fizikal) Beriman dengan Titian al-Sirat yang Dipacakkan di atas Neraka Jahannam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *